Sunday 9 June 2013

Handphone SAMSUNG Clone


Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Samsung adalah jenama telefon bimbit yang terkenal dan paling laris pada masa kini. Di sebalik jenama yang sedang meningkat naik ada golongan yang mengambil kesempatan dengan menciplak produk daripada Samsung dan menggunakan nama Samsung untuk mengaut keuntungan atas usaha orang lain. China memang terkenal dengan kepakaran menciplak produk dan boleh dikatan semua produk terkenal di ciplak olehnya. Pengeluar handphone dari Malaysia pun ada meniru produk Samsung, tapi tak la nampak sangat. Disini saya akan menerangkan ciri - ciri handphone clone atau tiruan.

1. Made In Korea By Samsung


Versi Made In Korea By Samsung adalah yang versi yang paling laris pada masa kini. Model clone versi ini dikatakan 99% sama macam model asal. Untuk pengetahuan anda semua, pada asalnya Samsung Original ada tertulis Made In Korea By Samsung pada belakang setiap handphone keluaranya. Tetapi setelah diciplak oleh China, Samsung menukarkannya kepada Made By Samsung. Kebanyakan handphone clone tertulis Made In Korea By Samsung. Ia adalah helah semata - mata. Korea tidak mengeluarkan handphone clone.

2. Android OS


Handphone Samsung Clone keluaran China juga menggunakan Android OS atau dalam erti kata lain Sistem Operasi Android. Sama seperti Samsung Original yang menggunakan Android terbaru Jelly Bean, Handphone clone juga menggunakan Android terbaru tetapi ianya tidak boleh di update seperti Samsung Original iaitu melalui Software Kies dan OTA update.

3. Touchwiz 5 Launcher UI


Samsung menggunakan Launcher tersendiri untuk Handphone keluaranya. Samsung Clone juga menggunakan launcher yang sama iaitu Touchwiz 5 Launcher UI. Ini menjadikan fungsi handphone clone sama seperti original. Selain itu juga, Icon dan Widget yang digunakan juga sama seperti original.

4. Imei


Handphone clone juga boleh di periksa Imei dengan menekan *#06# maka no imei akan tertera pada skrin. Tetapi kebiasaanya menggunakan imei palsu ataupun imei handphone lama. Samsung Original menggunakan Imei tersendiri dan anda boleh periksa dengan Samsung untuk mengetahui tentang warranty dan sebagainya.

5. Reka Bentuk


Reka bentuk Handphone Samsung Clone sama seperti Original. Boleh dikatan 99.9% sama seperti Original.
Jika dibandingkan dengan Samsung Original memang tiada beza. Handphone Clone juga boleh menggunakan semua aksesori Original termasuk Handsfree, Charger, Beteri dan lain - lain lagi. Tetapi kualiti skrinnya tetap berbeza dangan original. Handphone Clone menggunakan LCD Screen, manakala Original menggunakan HD AmoLED Screen.

6. Samsung Test Screen Code


Bahagian ini adalah paling PENTING dan wajib dibaca bagi mengelakkan anda ditipu oleh penjual handphone yang tidak bertanggung jawab di luar sana. Untuk semua model keluaran Samsung, ianya boleh diperiksa skrinya. Ianya dekenali sebagai Samsung Test Screen. cara untuk memeriksanya mudah sahaja. Anda hanya perlu menaip *#0*#. Jika ianya tertera seperti gambar diatas, handphone tersebut adalah original. Handphone clone tidak ada fungsi seperti diatas. Ini membezakan antara Samsung Original dan Samsung Clone.


Masih banyak info mengenai Samsung Clone ini. Disini saya hanya mengongsikan sedikit info berguna untuk anda semua. Ini kerana ramai penjual yang menipu dan mengatakan Handphone clone tersebut adalah AP SET dan menjual dengan harga AP SET. Ketahuilah Handphone AP SET adalah ORIGINAL, cuma ia diedarkan oleh pihak kedua bukan Samsung. Beza AP SET dengan ORIGINAL SET adalah warranty sahaja. Yang lain semua sama sahaja.

Pastikan Ori Baru Beli..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...