Monday 10 June 2013

Handphone Apple iPhone Clone


Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Apple iPhone adalah jenama telefon pintar yang terkenal diseluruh dunia dengan kecangihan teknologinya yang sangat berbeza daripada jenama laen. Harganya yang agak mahal menyebabkan hanya golongan tertentu sahaja mampu memilikinya. Disebabkan jenamanya yang terkenal, ramai yang mahu memilikinya. Oleh kerana itu syarikat daripada China telah menghasilkan iPhone Clone dan menjualnya dengan harga jauh lebih murah daripada Original. Tidak seperti Samsung, iPhone Clone sukar untuk dibezakan dengan iPhone Original. Disini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai iPhone Clone atau erti kata lain iPhone tiruan.

1. Kad Sim


Berkenaan kad sim, disini saya mengambil contoh daripada iPhone 4 Original yang mana menggunakan Micro Sim. Bagi iPhone versi clone, ia menggunakan Mini Sim. Manakala iPhone 5 Original pula menggunakan Nano Sim. Bagi iPhone 5 Clone pula menggunakan Micro Sim.

2.  iOS


iPhone Original menggunakan sistem operasi tersendiri yang dikenali sebagai iOS. iOS hanya terdapat pada iPhone Original sahaja. Ianya dicipta khas untuk iPhone. iOS berbeza jika dibandingkan dengan Android OS yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis handphone. iPhone Clone pula menggunakan sistem operasi Android versi Jelly Bean. Walaupun ia menggunakan Android OS, fungsi dalamannya telah diubahsuai menjadi seperti iOS.

3. Reka Bentuk

 
Dari segi reka bentuk luaran iPhone Clone, ianya saling tak tumpah seperti Original. Boleh dikatan 99.9% sama seperti iPhone Original samada warna, kedudukan, camera & led flash , saiz skrin, port audio dan macam - macam lagi. Apa yang membezakan antara iPhone Original dangan iPhone Clone adalah kualiti skrinnya. iPhone Original menggunakan Retina Glass Display manakala iPhone Clone menggunaka TFT Capacitive Touch Screen. Jika dibandingkan memang terserlah perbezaanya.

Sukar untuk dinafikan bahawa iPhone Clone setanding dengan Original disamping harganya yang mampu milik pasti golongan yang kurang mampu akan memilih iPhone Clone. Tetapi AWAS, jangan sampai tertipu membeli iPhone Clone dengan harga Original. Ramai penjual mengambil kesempatan menjual produk tiruan dengan harga yang mahal dan menyatakan ianya Original Set. Periksa terlebih dahulu baru beli.

Pastikan Ori Baru Beli..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...