Monday 10 June 2013

Handphone Apple iPhone Clone


Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Apple iPhone adalah jenama telefon pintar yang terkenal diseluruh dunia dengan kecangihan teknologinya yang sangat berbeza daripada jenama laen. Harganya yang agak mahal menyebabkan hanya golongan tertentu sahaja mampu memilikinya. Disebabkan jenamanya yang terkenal, ramai yang mahu memilikinya. Oleh kerana itu syarikat daripada China telah menghasilkan iPhone Clone dan menjualnya dengan harga jauh lebih murah daripada Original. Tidak seperti Samsung, iPhone Clone sukar untuk dibezakan dengan iPhone Original. Disini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai iPhone Clone atau erti kata lain iPhone tiruan.

1. Kad Sim


Berkenaan kad sim, disini saya mengambil contoh daripada iPhone 4 Original yang mana menggunakan Micro Sim. Bagi iPhone versi clone, ia menggunakan Mini Sim. Manakala iPhone 5 Original pula menggunakan Nano Sim. Bagi iPhone 5 Clone pula menggunakan Micro Sim.

2.  iOS


iPhone Original menggunakan sistem operasi tersendiri yang dikenali sebagai iOS. iOS hanya terdapat pada iPhone Original sahaja. Ianya dicipta khas untuk iPhone. iOS berbeza jika dibandingkan dengan Android OS yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis handphone. iPhone Clone pula menggunakan sistem operasi Android versi Jelly Bean. Walaupun ia menggunakan Android OS, fungsi dalamannya telah diubahsuai menjadi seperti iOS.

3. Reka Bentuk

 
Dari segi reka bentuk luaran iPhone Clone, ianya saling tak tumpah seperti Original. Boleh dikatan 99.9% sama seperti iPhone Original samada warna, kedudukan, camera & led flash , saiz skrin, port audio dan macam - macam lagi. Apa yang membezakan antara iPhone Original dangan iPhone Clone adalah kualiti skrinnya. iPhone Original menggunakan Retina Glass Display manakala iPhone Clone menggunaka TFT Capacitive Touch Screen. Jika dibandingkan memang terserlah perbezaanya.

Sukar untuk dinafikan bahawa iPhone Clone setanding dengan Original disamping harganya yang mampu milik pasti golongan yang kurang mampu akan memilih iPhone Clone. Tetapi AWAS, jangan sampai tertipu membeli iPhone Clone dengan harga Original. Ramai penjual mengambil kesempatan menjual produk tiruan dengan harga yang mahal dan menyatakan ianya Original Set. Periksa terlebih dahulu baru beli.

Pastikan Ori Baru Beli..

Sunday 9 June 2013

Handphone Clone ???

Assalamualaikum, Salam sejahtera.

Tidak dinafikan lagi pada zaman sekarang boleh dikatakan semua orang memiliki telefon pintar. Tetapi AWAS! ramai yang tidak tahu dan ramai yang tertipu dengan produk tiruan daripada China iaitu Handphone Clone.

Di kesempatan ini saya akan menceritakan tentang handphone clone atau dalam erti kata lain Telefon Bimbit Tiruan. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, tetapi akhir - akhir ini ianya semakin menonjol dan ramai yang tertipu. China memang pintar dalam meniru dan menciplak produk orang lain. Antara jenama yang telah di ciplak adalah :

1. Samsung
2. Apple Iphone
3. Nokia
4. Blackberry
5. Sony Ericsson / SONY

Banyak lagi jenama produk yang di ciplak, tetapi kali ini saya akan menceritakan mengenai produk paling laris di Malaysia.

Untuk penerangan setiap produk handphone clone anda boleh click mana - mana jenama dibawah.











Handphone SAMSUNG Clone


Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Samsung adalah jenama telefon bimbit yang terkenal dan paling laris pada masa kini. Di sebalik jenama yang sedang meningkat naik ada golongan yang mengambil kesempatan dengan menciplak produk daripada Samsung dan menggunakan nama Samsung untuk mengaut keuntungan atas usaha orang lain. China memang terkenal dengan kepakaran menciplak produk dan boleh dikatan semua produk terkenal di ciplak olehnya. Pengeluar handphone dari Malaysia pun ada meniru produk Samsung, tapi tak la nampak sangat. Disini saya akan menerangkan ciri - ciri handphone clone atau tiruan.

1. Made In Korea By Samsung


Versi Made In Korea By Samsung adalah yang versi yang paling laris pada masa kini. Model clone versi ini dikatakan 99% sama macam model asal. Untuk pengetahuan anda semua, pada asalnya Samsung Original ada tertulis Made In Korea By Samsung pada belakang setiap handphone keluaranya. Tetapi setelah diciplak oleh China, Samsung menukarkannya kepada Made By Samsung. Kebanyakan handphone clone tertulis Made In Korea By Samsung. Ia adalah helah semata - mata. Korea tidak mengeluarkan handphone clone.

2. Android OS


Handphone Samsung Clone keluaran China juga menggunakan Android OS atau dalam erti kata lain Sistem Operasi Android. Sama seperti Samsung Original yang menggunakan Android terbaru Jelly Bean, Handphone clone juga menggunakan Android terbaru tetapi ianya tidak boleh di update seperti Samsung Original iaitu melalui Software Kies dan OTA update.

3. Touchwiz 5 Launcher UI


Samsung menggunakan Launcher tersendiri untuk Handphone keluaranya. Samsung Clone juga menggunakan launcher yang sama iaitu Touchwiz 5 Launcher UI. Ini menjadikan fungsi handphone clone sama seperti original. Selain itu juga, Icon dan Widget yang digunakan juga sama seperti original.

4. Imei


Handphone clone juga boleh di periksa Imei dengan menekan *#06# maka no imei akan tertera pada skrin. Tetapi kebiasaanya menggunakan imei palsu ataupun imei handphone lama. Samsung Original menggunakan Imei tersendiri dan anda boleh periksa dengan Samsung untuk mengetahui tentang warranty dan sebagainya.

5. Reka Bentuk


Reka bentuk Handphone Samsung Clone sama seperti Original. Boleh dikatan 99.9% sama seperti Original.
Jika dibandingkan dengan Samsung Original memang tiada beza. Handphone Clone juga boleh menggunakan semua aksesori Original termasuk Handsfree, Charger, Beteri dan lain - lain lagi. Tetapi kualiti skrinnya tetap berbeza dangan original. Handphone Clone menggunakan LCD Screen, manakala Original menggunakan HD AmoLED Screen.

6. Samsung Test Screen Code


Bahagian ini adalah paling PENTING dan wajib dibaca bagi mengelakkan anda ditipu oleh penjual handphone yang tidak bertanggung jawab di luar sana. Untuk semua model keluaran Samsung, ianya boleh diperiksa skrinya. Ianya dekenali sebagai Samsung Test Screen. cara untuk memeriksanya mudah sahaja. Anda hanya perlu menaip *#0*#. Jika ianya tertera seperti gambar diatas, handphone tersebut adalah original. Handphone clone tidak ada fungsi seperti diatas. Ini membezakan antara Samsung Original dan Samsung Clone.


Masih banyak info mengenai Samsung Clone ini. Disini saya hanya mengongsikan sedikit info berguna untuk anda semua. Ini kerana ramai penjual yang menipu dan mengatakan Handphone clone tersebut adalah AP SET dan menjual dengan harga AP SET. Ketahuilah Handphone AP SET adalah ORIGINAL, cuma ia diedarkan oleh pihak kedua bukan Samsung. Beza AP SET dengan ORIGINAL SET adalah warranty sahaja. Yang lain semua sama sahaja.

Pastikan Ori Baru Beli..

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...