Monday 19 September 2011

New Myvi, Lagi Power, Lagi Best!!!

Penantian Telah Tiba!!

Kini Myvi 1.5 SE & 1.5 EXTREME telah dilancarkan. Dan boleh ditempah sekarang.

Myvi 1.5 SE


Myvi 1.5 EXTREME

Klik Disini



Lagi Power, Lagi Best...

Jika berminat, boleh hubungi :
En. Fahmi 019 375 3876

Untuk negeri terengganu sahaja.

Dokumen Yang diperlukan :
> Salinan I/C dan lesen memandu.
> Slip gaji 3 bulan terakhir.

Bergayalah dengan Myvi serba baru, serba canggih.

Sunday 11 September 2011

Berhati - hati dengan pendrive palsu

Ramai yang tidak tahu dan ramai yang sudah tertipu dengan kelicikan teknologi cina yang mencipta pendrive palsu. Mereka biasanya menggunakan jenama terkenal bagi menutupi penipuan mereka dan memikat pengguna. Antara jenama yang biasa digunakan adalah SONY, KINGSTON dan lain - lain lagi. Mereka membuat pendrive yang berkapasiti besar iaitu 32GB, 64GB, 128GB, 256GB,512GB. Saiz kapasiti itu hanyalah penipuan semata -mata kerana saiz asalnya hanyalah dibawah 16GB sahaja. Disini saya ingin memaparkan contoh pendrive 64GB palsu yang menggunakan jenama Sony dan Kingston.

Tertipu, Pendrive palsu yang menggunakan jenama terkenal bagi menutupi penipuan dan memikat pengguna.

Saya telah mencuba pendrive palsu ini. Apabila saya menyambungkan pada komputer saya dan melihat kapasiti pada partition pendrive saya, ia menyatakan kapisiti 64GB. Ternyata ianya menyatakan saiz yang tertulis pada pendrive tersebut. Saya pula cuba memasukkan data yang bersaiz 6GB ke dalam pendrive tersebut, ianya gagal dan menyatakan kapasiti penuh. Penipuan terselah apabila hanya 4GB file yang boleh di isi dalam pendrive ini. Ternyata Saiz yang dinyatakan adalah penipuan semata - mata.

Palsu, Saiz yang dinyatakan adalah penipuan semata - mata.

Penipuan produk daripada cina semakin menjadi - jadi. Diharap anda semua tidak tertipu dengan tawaran pendrive yang berharga murah dari biasa. Dalam mudah.my banyak pendrive palsu dijual, ianya memerlukan pembelian secara bankin dan pos, jadi kita tidak tahu siapa dan bagaimana barang yang kita beli. 

Renung -renungkan, Selamat beramal..

Cube Desktop 3D

Cube Desktop 3D adalah satu perisan yang membolehkan kita membuka 6 desktop dalam 1 masa. Iaitu dengan memasang perisian ini pada komputer ataupun laptop anda yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows XP, Vista, dan 7. Jika dalam Linux, kita tidak perlu perisian ini kerana Linux sudah dilengkapi perisan untuk membuka beberapa desktop dalam 1 masa. Anda boleh melihat Priview Cube Desktop 3D dalam video dibawah.


Bagi yang ingin mencuba perisian ini boleh memuat turun dibawah.

Muat Turun Disini :

iPhone 4 Clone Terhebat!

Telah banyak kita lihat iPhone 4 clone dipasaran, tetapi ianya tak setanding iPhone 4 original. Disini saya ingin tungjukkan iPhone 4 clone yang boleh dikatakan setanding atau bagi saya lebih hebat daripada iPhone 4. Ianya adalah GooApple iaitu gabungan antara Google Android dan Apple  iOS.

Hampir sama, Bahagian depan dan belakang GooApple.

GooApple ini adalah handphone buatan cina dan dilengkapi dengan sistem operasi Android 2.2 Froyo yang telah diubahsuai interface nya menjadi seperti iOS. Ia juga didatangkan dengan 5MP kamera belakang dan 1.3MP kamera hadapan.

Hebat, Android 2.2 Froyo yang diubah suai menjadi seperti iOS.

Anggaran harga bagi GooApple ini adalah sekitar 999 Yuan atau US$ 125 iaitu RM 460 di Malaysia. Saya tidak pasti samada ianya sudah ada dipasaran atau tidak. Untuk melihat dengan lebih teliti iPhone 4 clone ini anda boleh melihat video dibawah.


Pandang lah, lihat lah dan anda tentukan..

Saturday 10 September 2011

Berhati - hati dengan external hardisk palsu

Baru - baru ini seorang pengguna tertipu apabila terpedaya dengan external hardisk Samsung 500gb buatan cina yang berharga lebih murah dari biasa. Setelah membeli dan memakai hardisk tersebut, mangsa mendapati hardisk tersebut mempunyai masalah iaitu kapasiti penuh, sedangkan kapasiti yang dinyatakan adalah 500gb. Dia hanya sempat memasukkan beberapa lagu MP3 sahaja.

Rupa external hardisk Samsung tiruan.


Setelah berasa tertipu, mangsa cuba mengbuka casing hardisk tersebut. Mangsa sangat terkejut apabila melihat external hardisk miliknya hanyalah sebuah pendrive yang hanya berkapasiti 128mb sahaja. Penipu sangat licik mencipta hardisk tiruan ini iaitu meletakkan 2 biji nut skru bagi membuatkan hardisk palsu berasa berat seakan - akan hardisk betul. Sedangkan dalam nya hanyalah pendrive.

Licik, Bahagian dalam external hardisk Samsung yang hanya diletak pendrive 128 mb dan 2 biji nut skru.

Berwaspadalah dalam membeli barang murah atau tiruan ini. sesungguhnya mesti ada udang disebalik batu.
Renung - renungkan, selamat beramal...

Tuesday 6 September 2011

Install Google Chrome

Langkah -langkah Install Google Chrome dalam Oshirix

1. Download Google Crome Untuk Linux Debian 32 Bit.


2. Setelah selesai, pergi ke File Manager dan buka folder Download dan open folder Download.



3. Right Click pada file Google Chrome dan pilih Gdebi Pakage Installer.



4. Kemudian click pada Install Pakage.



5. Tunggu sehingga keluar seperti gambar dibawah. Kemudian masukkan password dan click OK.



6. Tunggu sehingga proses installation selesai. Kemudian click Close



7. Setelah Selesai, tutup GDebi Installation Pakage.



8. Setelah selesai proses installation, click Menu > Internet > Google Chrome. Sekarang selesai
sudah proses installation Google Chrome. Right Click pada icon Google Chrome yang telah
di install tadi, kemudian click Add to desktop untuk memaparkan icon Google Chrome pada
desktop anda.


Cara - cara Format Windows XP [BAB 3]

Installing Windows XP 


Assalamualaikum..

Selesai sudah proses Cara - Cara Format Windows XP Bab 2, sekarang anda perlu teruskan proses install windows pada bab 3 ini.

Langkah Pertama

Setelah selesai proses bab 2 dan komputer anda restart secara automatik dan anda akan dipaparkan semula bios screen seperti gambar dibawah.

Bios screen ini berbeza mengikut jenama komputer atau motherboard anda.


Langkah Kedua

Setelah selesai Bios Screen, akan keluar satu page seperti gambar dibawah.


Anda hanya perlu menunggu sehingga page ini hilang tanpa menekan apa - apa butang pada keyboard anda.


Langkah Ketiga

Setelah page tadi hilang, akan keluar page boot Windows XP seperti gambar di bawah. Tunggu sehingga boot screen itu selesai.



Langkah Keempat

Setelah selesai boot screen, menu setup windows xp akan keluar seperti gambar dibawah. anda hanya perlu menunggu proses install windows sehingga selesai, tetapi semasa proses install sedang berjalan, anda perlu setup Time & Date dan lain - lain lagi. rujuk langkah seterusnya.






Langkah Kelima

Semasa proses setup windows, akan keluar satu setup Regional And Language Option. rujuk gambar dibawah.

Anda boleh klik Next untuk teruskan dan anda perlu Costumizes kemudian, atau ada Costumizes sekarang. klik Costumizes dan anda akan dipaparkan seperti gambar dibawah.

Disini anda boleh memilih negara, bahasa, waktu dan sebaigainya. setelah selesai klik Apply kemudian klik OK. setelah selesai klik Next.




Langkah Keenam

Setelah selesai proses tadi, anda akan dipaparkan seperti gambar dibawah.

 Masukkan nama yang anda inginkan berserta organisasi. Contohnya :
Name : Cristiano Ronaldo
Organization : Real Madrid

Kemudian klik Next dan anda akan dipaparkan seperti gambar dibawah.

Anda diminta untuk memasukkan Product Key. product key ini terdapat pada cd windows yang anda beli. kebiasaan cd windows pirates tiada key. Jika anda menggunakan cd wndows XP services pack 2, kebiasaannya memang memerlukan product key. disini saya ingin kongsikan produk key yang boleh digunakan untuk semua cd windows xp services pack 2.

MYHVT - WQ49M - QRPVF - V86FC - P3R8Y

Setelah selesai klik Next


Langkah Ketujuh

Setelah selesai memasukkan product key, anda hanya perlu menunggu sehingga ianya selesai. Tetapi bagi komputer yang mempunyai network card dan windows detect driver untuk network card tersebut ada akan dipaparkan menu seperti gambar dibawah.

Anda hanya perlu klik pada Typical Settings dan klik Next.


Kemudian pilih WORKGROUP dan klik Next. (bagi yang tidak mempunyai network card / mempunyai network card tapi windows tak detect, menu ini tidak akan keluar.) 


Langkah Kelapan

Setelah selasai setup network, tunggu sehingga setup windows selesai.


Setelah selesai setup, windows akan automatik restart.

Selasai proses Install windows. Kita sambung pada Bab 4.

Monday 5 September 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum...
Selamat datang ke blog Ami Technology.
Disini saya cuma ingin kongsikan ilmu mengenai komputer kepada semua lapisan masyarakat, terutama yang baru berjinak - jinak dalam dunia IT. disini saya akan kongsikan cara - cara format komputer dan macam - macam lagi. Diharap info yang dikongsi dapat memberi panduan yang sangat berguna pada anda semua..


Sekian..
 

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...