Sunday 11 September 2011

Berhati - hati dengan pendrive palsu

Ramai yang tidak tahu dan ramai yang sudah tertipu dengan kelicikan teknologi cina yang mencipta pendrive palsu. Mereka biasanya menggunakan jenama terkenal bagi menutupi penipuan mereka dan memikat pengguna. Antara jenama yang biasa digunakan adalah SONY, KINGSTON dan lain - lain lagi. Mereka membuat pendrive yang berkapasiti besar iaitu 32GB, 64GB, 128GB, 256GB,512GB. Saiz kapasiti itu hanyalah penipuan semata -mata kerana saiz asalnya hanyalah dibawah 16GB sahaja. Disini saya ingin memaparkan contoh pendrive 64GB palsu yang menggunakan jenama Sony dan Kingston.

Tertipu, Pendrive palsu yang menggunakan jenama terkenal bagi menutupi penipuan dan memikat pengguna.

Saya telah mencuba pendrive palsu ini. Apabila saya menyambungkan pada komputer saya dan melihat kapasiti pada partition pendrive saya, ia menyatakan kapisiti 64GB. Ternyata ianya menyatakan saiz yang tertulis pada pendrive tersebut. Saya pula cuba memasukkan data yang bersaiz 6GB ke dalam pendrive tersebut, ianya gagal dan menyatakan kapasiti penuh. Penipuan terselah apabila hanya 4GB file yang boleh di isi dalam pendrive ini. Ternyata Saiz yang dinyatakan adalah penipuan semata - mata.

Palsu, Saiz yang dinyatakan adalah penipuan semata - mata.

Penipuan produk daripada cina semakin menjadi - jadi. Diharap anda semua tidak tertipu dengan tawaran pendrive yang berharga murah dari biasa. Dalam mudah.my banyak pendrive palsu dijual, ianya memerlukan pembelian secara bankin dan pos, jadi kita tidak tahu siapa dan bagaimana barang yang kita beli. 

Renung -renungkan, Selamat beramal..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...