Saturday 9 July 2011

Cara - cara Format Windows XP [BAB 2]

BOOT CD/DVD Windows & Membuat Partition.

Assalamualaikum..


Disini saya ingin kongsikan langkah seterusnya proses untuk Format Komputer anda.
Selesai sudah langkah pada bab 1. bab 2 adalah berkaitan cara boot cd windows dan buat partition.

Langkah Pertama

Setelah selesai proses Cara - Cara Format Window XP Bab 1. Tunggu sehingga komputer anda selesai restart dan tunggu Bios screen muncul. Masukkan CD Windows XP anda kedalam CD-ROM anda. Anda hanya perlu menunggu tanpa menekan apa -apa button.


Langkah Kedua

Setelah selesai Bios Screen, akan keluar satu page seperti gambar dibawah.


Setelah Page ini muncul, anda dikehendaki menekan mana - mana key pada keyboard anda untuk Boot Setup Windows XP.

Langakah Ketiga

Setelah selesai menekan mana - mana button pada keyboard, tunggu sehingga page seperti gambar dibawah muncul.


Setelah Page ini muncul, tekan ENTER untuk teruskan.


Langkah Keempat

Setelah menekan ENTER, tunggu seketika sehingga Page dibawah muncul.


Kemudian tekan ESC..

Langkah Kelima.

Pilih Partition yang anda ingin gunakan untuk Install windows.






Kebiasaannya, Partition C digunakan untuk install window. Ianya terpulang kepada anda untuk memilihnya,
Anda juga boleh DELETE partition sedia ada dan menggantikan dengan yang baru. Setelah memilih partition
tekan ENTER untuk teruskan.

Kemudian pilih NTFS Quick untuk format cepat atau pilih NTFS sahaja untuk format biasa.
(Qiuck format memang cepat tp kebiasaannya virus yang terdapat dalam partition tidak hilang sepenuhnya.)
Rujuk gambar dibawah.





Langkah Keenam

Setelah selesai proses memilih partition, teruskan langkah berikut seperti gambar dibawah iaitu proses format partition.


Tunggu sehingga proses ini selesai.

Setelah selesai proses formating, tunggu proses copiying file pula seperti gambar dibawah.



Langkah Ketujuh

Setelah selesai proses diatas, Page seterusnya akan muncul. Rujuk gambar dibawah.





Anda boleh menunggu ianya restart sendiri ataupun anda boleh menekan ENTER untuk restart.

Selesai sudah proces boot cd dan format. kita sambung pada BAB 3.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...