Saturday 10 September 2011

Berhati - hati dengan external hardisk palsu

Baru - baru ini seorang pengguna tertipu apabila terpedaya dengan external hardisk Samsung 500gb buatan cina yang berharga lebih murah dari biasa. Setelah membeli dan memakai hardisk tersebut, mangsa mendapati hardisk tersebut mempunyai masalah iaitu kapasiti penuh, sedangkan kapasiti yang dinyatakan adalah 500gb. Dia hanya sempat memasukkan beberapa lagu MP3 sahaja.

Rupa external hardisk Samsung tiruan.


Setelah berasa tertipu, mangsa cuba mengbuka casing hardisk tersebut. Mangsa sangat terkejut apabila melihat external hardisk miliknya hanyalah sebuah pendrive yang hanya berkapasiti 128mb sahaja. Penipu sangat licik mencipta hardisk tiruan ini iaitu meletakkan 2 biji nut skru bagi membuatkan hardisk palsu berasa berat seakan - akan hardisk betul. Sedangkan dalam nya hanyalah pendrive.

Licik, Bahagian dalam external hardisk Samsung yang hanya diletak pendrive 128 mb dan 2 biji nut skru.

Berwaspadalah dalam membeli barang murah atau tiruan ini. sesungguhnya mesti ada udang disebalik batu.
Renung - renungkan, selamat beramal...

3 comments:

  1. owh..nasib baik x beli..

    ReplyDelete
  2. beli casing n wat sndiri..hehe

    ReplyDelete
  3. Mudah mudahan orang yang wat kerja menipu tu akan lingkup selingkup lingkupnya. Amin.

    ReplyDelete

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...